Syarat Kemasukan



Pendawai PW1/PW2:
· Mempunyai pengalaman didalam kerja—kerja pendawaian 1 fasa selama 2 tahun bersama syarikat kontraktor elektrik yang berdaftar dengan ST.
· Memiliki Buku Log pengalaman Kerja.

Pendawai PW3/PW4:
· Memiliki Sijil Kekompetenan PW1 atau PW2.
· Pengalaman dalam kerja—kerja pendawaian tidak kurang dari 1 tahun dengan syarikat yang berdaftar dengan ST.
· Memiliki Buku Log pengalaman kerja

atau

· Mempunyai pengalaman didalam kerja—kerja pendawaian 3 fasa selama 3 tahun bersama syarikat kontaktor elektrik yang berdaftar dengan ST.
· Memiliki Buku Log pengalaman Kerja.

Chargeman A0:
· Mempunyai pengalaman didalam bidang pengendalian elektrik selama 3 tahun.
· Memiliki Buku Log pengalaman kerja.

atau

· Mempunyai perakuan pendawai PW4 yang berdaftar atau sijil Politeknik didalam bidang elektrik dengan pengalaman dalam bidang pengendalian elektrik tidak kurang dari 2 tahun.
· Memiliki Buku Log pengalaman kerja


Chargeman A1:
· Memiliki Sijil Kekompetenan A0 dan pengalaman dengan kerja talian Atas Voltan Rendah selama 1 tahun serta 1 tahun pengalaman dalam bidang pengendalian elektrik.
· Memiliki Buku Log pengalaman kerja

atau

· Memiliki Sijil Kekompetenan A0 serta telah mengikuti modul TAVR dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang pengendalian elektrik tidak kurang dari 1 tahun.
· Memiliki Buku Log pengalaman kerja.

atau

· Memiliki pengalaman kerja didalam bidang pengendalian elektrik selama 3 tahun serta 1 tahun pengalaman dalam kerja Talian Atas Voltan Rendah.
· Memiliki Buku Log pengalaman kerja.

No comments:

Post a Comment